SEORANG murid perempuan sekolah rendah disyaki menjadi mangsa serangan seksual oleh guru lelaki di surau sekolahnya.
Ibu bapa mangsa membuat laporan polis pada Jumaat selepas mendakwa kejadian itu berlaku pada 2 Oktober lalu.
Peguam keluarga mangsa, Nurul Jamal Habaib, berkata kanak-kanak tersebut kini mengalami trauma dan ketakutan untuk ke sekolah.
“Ya, kami buat laporan pada 10 Oktober. Kanak-kanak itu kini sangat takut,” katanya kepada media pada Sabtu.
ARTIKEL BERKAITAN: Sebelum ambil cucu di tadika, warga emas cabul budak 7 tahun dekat kawasan sekolah... Mengaku naik syahwat dengan anak kecil
Menurutnya, guru berkenaan dipercayai memanggil mangsa ke surau sekolah dengan alasan terdapat hal kecemasan sebelum didakwa melakukan serangan seksual terhadapnya.
Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Bondowoso di Jawa Timur, Indonesia, Inspektor Pertama Bobby Dwi Siswanto, mengesahkan laporan berkenaan dan memaklumkan siasatan sedang dijalankan.
“Kami masih menyoal saksi serta mangsa, dan siasatan akan dijalankan mengikut prosedur sewajarnya,” katanya. -Agensi


