suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taikun durian tawar ribuan ringgit 'ganjaran' lempang perempuan simpanan anak! Berang menantu, cucu diabai

Pengusaha durian mampu menjana pendapatan lumayan. -Gambar hiasan

SEORANG taikun durian mencetuskan kekecohan selepas secara terbuka menawarkan ganjaran tunai kepada sesiapa yang menampar perempuan simpanan anak lelakinya yang sudah berkahwin.

"Saya akan membayar 30,000 baht (RM3,900) kepada sesiapa yang menampar perempuan simpanan anak saya.

"Saya juga sanggup tanggung denda polis jika ada," tulisnya di Facebook.

Kejadian berlaku di Chumphon, Thailand.

Berdasarkan laporan, Arnon Rodthong, 65, yang memiliki kebun dan ladang durian terbesar di wilayah Chumphon, menawarkan 'ganjaran' itu demi melindungi menantunya dan memberi pengajaran kepada anak lelakinya dikenali sebagai Chai.

Individu yang berani menyahut cabaran perlu melempang perempuan simpanan terbabit sekurang-kurangnya 10 kali.

Kemarahan Rodthong memuncak apabila Chai yang mempunyai seorang anak sanggup meninggalkan keluarga demi wanita terbabit.

Malah wanita itu juga didakwa pernah bekerja Rodthong sebagai akauntan dan menggoda cucunya sebelum menjalin hubungan sulit dengan Chai.

Situasi semakin memburuk apabila Chai didakwa mengancam isteri dengan pistol dan menuntut supaya dia meninggalkan rumah secara sukarela.

Kenyataan yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi sehingga tular.

Susulan itu, Rodthong bertindak memadam kenyataan yang dibuat kerana tidak mahu dilihat menggalakkan keganasan.

"Ramai menasihati saya supaya tidak gunakan kekerasan, jadi saya batalkan tawaran itu," katanya yang kemudian mengumumkan akan memutuskan hubungan dengan anaknya.

Malah dia turut menegaskan akan menarik balik semua aset yang berada atas nama Chai untuk diberikan kepada cucunya. -Agensi

Artikel Lain