suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cemburu isteri mesej lelaki lain, suami terajang berulang kali sampai mati

Keganasan rumah tangga boleh membawa kepada kematian. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh isterinya akibat cemburu.

Alan Wang, 61, bertindak ganas selepas mengetahui isterinya, Hongyan Yang, 35, berbalas mesej dengan lelaki lain.

Mahkamah diberitahu Wang bertindak menerajang wanita itu berulang kali sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

Mangsa mengalami kecederaan teruk sehingga dia berhenti bernafas sebelum sempat dihantar ke hospital.

Hasil bedah siasat mengesahkan Yang meninggal dunia akibat hentakan kuat ketika diserang. 

Ahli keluarga turut memberi keterangan sepanjang perbicaraan termasuk butiran mengenai perkahwinan pasangan berkenaan.

Hukuman ke atas Wang dijangka diputuskan pada 12 November.

Kejadian berlaku di Naperville, Illinois, Amerika Syarikat. -Agensi.

 

Artikel Lain