suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lantai restoran 3 tingkat runtuh... Tukang masak maut, 5 lagi mangsa terselamat

Bezerra terbunuh selepas terperangkap di bawah runtuhan.

SEORANG tukang masak maut manakala lima lagi cedera selepas lantai sebuah restoran runtuh secara tiba-tiba, dalam kejadian pada Rabu.

Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Suênia Maria Tomé Bezerra, 51, yang sudah berkhidmat di restoran itu sejak tiga tahun lalu.

Bezerra dilaporkan terperangkap di bawah timbunan runtuhan dan meninggal dunia akibat kecederaan parah walaupun pasukan perubatan berusaha menyelamatkannya sebaik tiba di lokasi kejadian.

Menurut pasukan bomba, operasi menyelamat berdepan kesukaran disebabkan runtuhan yang teruk, namun lima lagi mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat.

Restoran tiga tingkat itu ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Restoran Jamile, yang terletak di kawasan kejiranan Bixiga, Sao Paulo, Brazil itu terkenal dengan sajian-sajian negara Itali. -Agensi.

Artikel Lain