suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dituduh curi telefon, remaja diikat dan ditenggelamkan dalam parit sampai mati lemas

Kecuaian pemilik boleh menjadi punca telefon mereka dicuri. -Gambar hiasan

SEORANG remaja lelaki berusia 16 tahun ditemukan mati dalam keadaan tragis pada Isnin.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Asin Raj ditemukan di dalam parit di daerah Bareilly, Uttar Pradesh, India.

Menurut polis, tangan mangsa diikat di bahagian belakang badan sebelum dia ditenggelamkan dalam posisi meniarap. 

Sehari sebelum kejadian, Asin dilaporkan dipukul oleh sekumpulan lelaki kerana disyaki mencuri telefon bimbit di sebuah pasar tempatan.

Dia dituduh mencuri ketika sedang berniaga di pasar berkenaan.

Setakat ini, polis mengesahkan dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

Salah seorang suspek merupakan pesara tentera. -Agensi

Artikel Lain