suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru wanita ditahan, didakwa tayang payudara ketika ‘video call’ dengan pelajar lelaki

Guru tidak sepatutnya melakukan komunikasi lucah dengan pelajar. -Gambar hiasan

SEORANG guru wanita ditahan selepas didakwa melakukan aksi tidak senonoh menerusi panggilan video bersama seorang pelajar lelaki.

Wanita berusia 31 tahun itu didakwa berkenalan dengan remaja itu sewaktu menjadi guru ganti di sebuah sekolah di Kentucky, Amerika Syarikat.

Mereka kemudian berhubung menerusi aplikasi Snapchat dan merancang berjumpa di satu lokasi untuk melakukan hubungan seks.

Semasa panggilan video itu, dia juga didakwa menunjukkan payudaranya kepada remaja berkenaan.

Perbuatan guru wanita itu terbongkar selepas pihak berkuasa menerima maklumat mengenai hubungannya dengan pelajar tersebut.

Usia sebenar remaja itu serta lokasi sekolahnya tidak didedahkan.

Suspek kini disiasat atas kesalahan menggunakan komunikasi elektronik secara menyalahi undang-undang untuk meminta, mendapatkan atau mempromosikan kanak-kanak untuk aktiviti seksual atau perbuatan terlarang lain, menurut rekod penjara dalam talian. -Agensi.

 

Artikel Lain