suria

Sebelum ambil cucu di tadika, warga emas cabul budak 7 tahun dekat kawasan sekolah... Mengaku naik syahwat dengan anak kecil

Aksi suspek dirakam kamera pengawasan kawasan sekitar. -Foto Kompas

SEORANG warga emas ditahan selepas didapati mencabul kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di sekitar kawasan sekolah.

Kejadian di Jakarta, Indonesia pada 25 September lalu berlaku ketika suspek berusia 63 tahun dalam perjalanan mengambil cucunya di tadika.

Ketua Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak (PPA) Polres Metro Jakarta Timur, AKP Sri Yatmini berkata, suspek mengaku bertemu dengan mangsa semasa dalam perjalanan.

Dia kemudian mengumpan mangsa menggunakan aiskrim.

"Mangsa kemudiannya diletakkan di bahagian hadapan motor dan dibawa berpusing-pusing ke sekitar kawasan kejadian.

"Pada masa sama, suspek melakukan pencabulan ke atas mangsa," jelasnya.

Tambah Sri, suspek baru sahaja dibebaskan daripada penjara atas jenayah yang sama dan mengaku melakukannya kerana tertarik pada anak kecil.

Susulan itu, dia meminta supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap suspek kerana mengulangi kesalahan yang sama. -Agensi

Artikel Lain