suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Permohonan kemasukan palsu libatkan pelajar antarabangsa meningkat mendadak... Tahun 2024 cuma 10 kes, 2025 naik angka 'ratus'

Setiap pelajar perlu mendapatkan keputusan cemerlang untuk layak ke universiti. -Gambar hiasan

UNIVERSITI Cina Hong Kong (CUHK) mendedahkan peningkatan mendadak dalam permohonan kemasukan palsu melibatkan pelajar antarabangsanya.

Pendedahan ini dibuat susulan ratusan kes penipuan dokumen berjaya dikesan dalam pengambilan terbaharu.

Perkara ini dimaklumkan pada Hari Informasi Kemasukan Ijazah Sarjana Muda CUHK, pada Sabtu.

Pengarah Kemasukan dan Kewangan Pelajar CUHK, Profesor Andy Wong berkata, jumlah kelayakan akademik palsu melonjak kepada ratusan berbanding hanya 10 kes tahun lalu.

Susulan itu katanya, kesemua permohonan yang mencurigakan tidak akan dipertimbangkan bagi menjaga keadilan kepada calon sebenar.

Tahun akademik 2025/2026 menyaksikan hampir 900 pelajar antarabangsa diterima masuk, majoritinya dari Tanah Besar China dengan peningkatan kira-kira 100 orang berbanding tahun sebelumnya.

CUHK kini mempunyai kira-kira 24 peratus pelajar antarabangsa, dan menyasarkan untuk mencapai 40 peratus dalam tempoh lima tahun.

Sasaran itu selaras dengan dasar kerajaan yang mahu menaikkan kadar kepada 50 peratus.

Sementara itu, Ahli Majlis Perundangan Lawrence Tang Fei menganggap isu diploma palsu sebagai cabaran global dan memuji CUHK atas langkah berjaga-jaga yang diambil.

Dia mencadangkan agar pihak universiti dan kerajaan mewujudkan platform elektronik bersepadu menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi mengesahkan sijil akademik.

Selain itu pihaknya mahu bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menumpaskan sindiket rentas sempadan yang menghasilkan dokumen palsu. -Agensi

Artikel Lain