SEORANG kanak-kanak lelaki berusia empat tahun disahkan meninggal dunia selepas ditimpa batu nisan.
Kejadian tragis itu dilaporkan berlaku sekitar pukul 1 tengah hari pada Sabtu.
Pada awalnya, pasukan paramedik sempat dikejarkan ke lokasi kejadian, namun setibanya di lokasi, mangsa telah disahkan meninggal dunia.
Kejadian dilaporkan berlaku di Tanah Perkuburan Rawtenstall, Lancashire di United Kingdom.
Pihak polis mengesahkan tiada motif mencurigakan dikesan berhubung insiden tersebut.
Menurut jurucakap polis Lancashire, fail siasatan akan diserahkan kepada pegawai penyiasat dalam masa terdekat. -Agensi


