suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita tikam suami lepas bertengkar, larikan diri bersama dua anak perempuan

Mangsa ditikam di dua bahagian badan oleh isterinya.

SEORANG lelaki ditikam dua kali oleh isterinya selepas perbalahan isu rumah tangga.

Kejadian pada pukul 5 petang Khamis itu berlaku di hadapan beberapa blok bilik sewa di Pattaya Selatan, Thailand.

Menurut pegawai penyiasat dari Balai Polis Bandaraya Pattaya, Leftenan Kolonel Polis Suchart Dusadee, mangsa yang dikenali sebagai Thirawat mengalami dua tikaman di badan.

"Satu di belakang kiri atas dan satu lagi di tulang kering kirinya, masing-masing berukuran kira-kira satu hingga dua sentimeter. 

"Dia mengalami pendarahan yang banyak, kelihatan pucat dan diberi pertolongan cemas oleh penyelamat sebelum dibawa ke Hospital Memorial Pattaya," ujarnya.

Pada masa sama, pihak polis turut melakukan pemeriksaan kamera pengawasan di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, seorang saksi kejadian yang juga jiran mangsa berusia 30 tahun itu, sebelum serangan, Thirawat terlibat dalam pertengkaran mulut dengan isterinya yang hanya dikenali sebagai Ice.

Kedua-dua mereka berbalas cacian, dengan Thirawat berada di luar bilik dan Ice di dalam. 

Pertikaian itu memuncak dengan Thirawat ditikam oleh isterinya sebelum suspek membawa anak perempuan mereka, berusia antara tiga dan empat tahun keluar. -Agensi

Artikel Lain