SEORANG guru ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat lima bangunan tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah pada Sabtu.
Mangsa yang dikenali sebagai A, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dalam kejadian sekitar pukul 1 tengah hari itu.
Barangan peribadi seperti beg tangan, dokumen dan kasut ditemui di tingkat lima dan dijadikan bahan bukti.
Kejadian berlaku di Nonthaburi, Thailand.
Berdasarkan siasatan polis, A adalah seorang guru yang mengajar kelas komputer dalam talian untuk kanak-kanak.
Pada hari kejadian, dia ke pusat beli-belah bersama ibunya untuk menghadiri kelas membuat manik.
Bagaimanapun, A tidak menghadiri kelas tersebut dan kemudian ditemukan tidak bernyawa.
Menurut keluarga, mangsa sebelum ini meluahkan tekanan berkaitan projek akademik sehingga menyatakan keinginan untuk menamatkan hidup.
Keluarga cuba menenangkannya kerana mengetahui dia mengalami kemurungan.
Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Chulabhorn untuk bedah siasat. -Agensi