suria

BMW tiba-tiba bergerak sendiri, kemaluan pemilik bengkel nyaris hancur

Mangsa dirawat seminggu di hospital gara-gara kecederaan yang dialami.

SEORANG pemilik bengkel bimbang zakarnya mungkin tidak lagi berfungsi selepas dia dihimpit oleh sebuah kereta.

Karl Farrar ketika itu sedang cuba mengundurkan sebuah BMW Estate ke dalam bengkelnya namun menghadapi kesukaran, lalu dia menarik brek tangan dan keluar daripada kereta.

Bagaimanapun, sebaik sahaja dia keluar, kereta itu mula menggelongsor menuruni cerun ke arahnya. 

Karl cuba menghentikannya dengan tangan, namun tidak berjaya dan akhirnya dia dihimpit ke dinding.

Karl dikejarkan ke Hospital Diraja Manchester dan ditahan selama seminggu. 

Doktor memaklumkan dia mengalami kecederaan tisu lembut di bahagian kelangkang dan pelvis.

Pemilik bengkel berusia 49 tahun itu berkata, dia tidak pasti sama ada zakarnya masih berfungsi selepas kecederaan yang menyebabkan bahagian itu menjadi ‘tidak dapat dikenali’.

"Alat sulit saya hancur teruk. Ia membengkak, lebam biru kehitaman. Saya tak tahu sama ada ia masih berfungsi kerana kawasan itu masih sangat sakit dan pedih, tapi saya harap semuanya akan okey. 

"Memang menakutkan selama beberapa minggu. Macam dalam filem Final Destination. Nasib baik tiada tulang patah. Memang sakit, tapi saya bukan jenis yang manja sangat," ujarnya. - Agensi.

Artikel Lain