suria

[V] Tak puas hati diusir lepas cantikkan rumah, penyewa nekad ‘londeh’ hiasan dalaman! - “Kita kembalikan kepada keadaan asal”

Penyewa menanggal semula dekorasi selepas diminta keluar. -Gambar TikTok

BERANG diusir keluar daripada rumah sewa, sepasang suami isteri nekad mengembalikan semula keadaan kediaman berkenaan seperti sedia kala.

Berdasarkan perkongsian di TikTok menggunakana akaun hi.babyrisss, pasangan itu diminta keluar kerana pemilik kediaman ingin menyewakan rumah tersebut kepada saudaranya.

Disebabkan tidak berpuas hati dengan tindakan tuan rumah tersebut, pasangan itu menanggalkan semua dekorasi yang dibuat mereka sebelum ini.

Berdasarkan video berdurasi 12 saat [Tonton Video], mereka menanggalkan kain pelapik di kabinet dapur serta mencabut wallpaper atau kertas pelekat dinding.

Dek kerana tindakan itu, ruang berkenaan terus kelihatan buruk dan menjijikan, seolah-olah rumah berkenaan sudah lama ditinggalkan.

Berdasarkan perkongsian itu, kejadian berlaku di Batam, Indonesia.

Kabinet dapur kelihat usang dengan jelas kelihatan jubin kabinet pecah, manakala bahagian dinding berwarna hijau dengan kesan kotoran yang menyakitkan mata.

"Kita beranikan diri untuk ubah suai dapur setelah dua tahun menyewa di sini, tapi akhirnya kita pula dihalau.

"Jadi, kita kembalikan semula kepada keadaan asal," katanya.

Perkongsian itu mengundang rasa simpati warga maya, namun mereka pada masa yang sama menyokong tindakan suami isteri terbabit.

"Bagus, puas hati kalau saya pun akan ambil tindakan yang sama," katanya.

Ada juga netizen mengakui pernah berdepan dengan situasi yang sama apabila pemilik mahu anaknya tinggal di rumah tersebut.

"Sama macam saya, yang menyewa sebelum ni sangat pengotor. Saya cat semula dan apabila cantik, tiga bulan kemudian tuan rumah nak berikan kepada anaknya.

"Saya minta ganti rugi, ingat pindah tak penat tenaga ka? Habis duit lagi. Apabila rumah dah nampak cantik, baru nak duduk," katanya. -Agensi

Artikel Lain