suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita alami gangguan mental pandu kereta di landasan, sekurang-kurangnya 10 perkhidmatan tren dilencongkan

Video yang dirakam ketika kejadian di mana seorang wanita memandu keretanya di atas landasan kereta api di Shankarpally.

SEORANG wanita berusia 34 tahun mencetuskan panik apabila memandu keretanya di atas landasan kereta api, sekali gus menyebabkan beberapa perkhidmatan tren digantung dan dilencongkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Insiden berkenaan yang dirakam dalam satu video tular, berlaku berhampiran kawasan Shankarpally. 

Dalam video berdurasi 13 saat itu, kelihatan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Kia Sonet dipandu secara berbahaya di sepanjang landasan kereta api.

Video lain menunjukkan usaha penduduk tempatan, kakitangan kereta api dan polis yang bertungkus-lumus untuk memberhentikan kenderaan tersebut dan mengeluarkan wanita berkenaan.

"Beberapa kakitangan kereta api dan anggota polis terpaksa mengejar kereta berkenaan. Mereka akhirnya berjaya memaksanya berhenti, namun kira-kira 20 orang diperlukan untuk menariknya keluar dari kenderaan. Wanita itu langsung tidak memberi kerjasama," kata seorang sumber.

Menurut Superintendan Polis, Chandana Deepti, wanita tersebut bertindak secara agresif dan dipercayai mengalami gangguan mental.

"Siasatan awal mendapati dia pernah bekerja dengan sebuah syarikat multinasional sebelum ini. Dia berasal dari Uttar Pradesh," kata Deepti sambil menambah, pihak polis sedang menyiasat kemungkinan sama ada wanita itu cuba membunuh diri.

Sumber daripada pihak perkhidmatan kereta api memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 10 hingga 15 tren penumpang, termasuk laluan Bengaluru-Hyderabad, telah dilencongkan bagi memastikan keselamatan.

Wanita tersebut kini telah ditahan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. -Agensi

Artikel Lain