suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kantoi curi buah, lelaki mabuk parah terjatuh dari pokok nangka setinggi 15 meter

Video yang dirakam memaparkan lelaki tersebut tergantung di dahan pokok sebelum terjatuh. -Foto NDTV

SEORANG lelaki mengalami kecederaan parah selepas terjatuh dari sebatang pokok nangka setinggi hampir 50 kaki (kira-kira 15 meter)dalam satu insiden mengejutkan yang dirakam dalam sebuah video tular.

Menurut pihak berkuasa, kejadian yang berlaku di kawasan Pangsapuri Kedutaan di Jalan Ali Asker dekat Bengaluru, India itu disedari seorang pengawal keselamatan yang ternampak lelaki terbabit memanjat pokok dalam keadaan mabuk, dipercayai cuba untuk mencuri buah nangka.

Pengawal keselamatan tersebut menjerit untuk memberi amaran, namun lelaki itu yang terkejut mendengar jeritan cuba melarikan diri dengan memanjat lebih tinggi. 

Malangnya, dia tergelincir dan tergantung pada dahan pokok sambil berusaha bertahan demi menyelamatkan nyawa.

Polis yang dihubungi tiba di lokasi dan cuba menyelamatkannya dengan menggunakan kain khemah sebagai alat penampan kejatuhan. 

Namun, usaha itu gagal apabila lelaki berkenaan terjatuh ke atas tanah.

"Lelaki itu mengalami kecederaan parah di bahagian pinggul dan telah dibawa ke Hospital Bowring untuk rawatan lanjut," kata seorang pegawai polis yang terlibat dalam operasi menyelamat. -Agensi

 

Artikel Lain