SEORANG bekas peserta MasterChef musim ketiga dipercayai mencabul seorang kanak-kanak lelaki lebih 20 kali.
Mangsa, murid sekolah rendah mendedahkan pengalaman pahit itu dialaminya itu sejak awal 2024.
Dia memaklumkan kepada polis bahawa dirinya dicabul lelaki yang dikenali sebagai Setiyono, 49.
Insiden berlaku di daerah Kertek, Kabupaten Wonosobo di Indonesia.
Setiyono dikenali sebagai alumni MasterChef Indonesia musim ketiga dan tersingkir di tempat ke-24 semasa pertandingan diadakan.
Mangsa menceritakan perbuatan Setiyono kepada bapa saudaranya pada November 2024, yang kemudiannya melaporkannya kepada polis Wonosobo.
"Mangsa telah dicabul oleh pelaku, Setiyono, di rumah pelaku di daerah Kertek.
"Pelaku dikatakan melakukan perbuatan keji itu lebih 20 kali," kata polis Wonosobo pada Rabu.
Menurut keterangan kanak-kanak itu, pelaku sering mengelirukannya dengan mengajak masuk ke dalam rumah atas alasan membantu membuat kerja seperti membungkus makanan ringan.
"Pelaku meminta mangsa mengambil dompet dari bilik tidur. Apabila mangsa masuk ke bilik, pelaku mengikut dan kemudian mencabul mangsa," kata polis.
Katanya, siasatan lanjut kes berkenaan masih diteruskan.-Agensi


