suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berpelukan hingga hujung nyawa, empat sekeluarga maut tertimbus tanah runtuh

Empat sekeluarga ditemui berpelukan sehingga ke hujung nyawa. -Foto detikcom

EMPAT beranak terkorban susulan tertimbus tanah runtuh dalam kejadian pada malam Rabu.

Kesemua mangsa ditemukan dalam keadaan menyayat hati apabila didapati saling berpelukan antara satu sama lain.

Difahamkan, faktor hujan lebat yang berlarutan sejak siang mendorong mereka untuk kekal berteduh di rumah buluh yang terletak di lereng bukit.

Tebing setinggi 20 meter di belakang kediaman mereka dipercayai runtuh secara tiba-tiba, sekaligus mengorbankan kesemua penghuni rumah berkenaan.

Tragedi dilaporkan berlaku sekitar pukul 7.00 malam di Kampung Girimukti, Garut, Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik maut tertimbus tanah runtuh, seorang lagi selamat

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Mar'ah, 70; anaknya Linda, 32, menantunya, Mardi, 36 dan cucunya, Fajar, yang baru berusia tiga tahun.

Jenazah warga emas tersebut ditemukan berhampiran Mardi yang memeluk erat isteri dan anaknya.

Sementara itu, penduduk kampung berganding bahu dengan pihak berkuasa bagi mengeluarkan mayat mangsa yang terlibat.

"Operasi menyelamat mengambil masa sehingga pukul 10.00 malam dengan bantuan penduduk setempat serta Gabungan Kepimpinan Daerah (Forkopimcam)," kata Ketua Kampung Girimukti yang dikenali sebagai Yeyet.

Ketua Polis Cisewu, Iptu Asep Pujaeri kemudian mengesahkan kesemua mangsa telah selamat dikebumikan pada pagi Khamis. -Agensi

Artikel Lain