suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Pengantin perempuan minta cerai lepas suami lafaz akad, terus 'cabut' lari

Pengantin perempuan terus keluar selepas meminta cerai daripada suaminya.

TULAR satu rakaman video seorang pengantin perempuan meminta cerai daripada suaminya sejurus akad nikah dilafaz dan disahkan saksi.

Suasana yang awalnya ceria bertukar tegang [Tonton Video] apabila wanita terbabit turut bangun dan keluar meninggalkan majlis pernikahannya.

Malah dia dengan lantang mengadu kepada penghulu yang dikenali sebagai Ketip, mengakui tidak suka pada suaminya

“Encik Ketip, saya nak cerai, saya tak suka, dia melecehkan saya. Saya nak cerai sudah," ujarnya lantang di hadapan tetamu yang hadir.

Dalam pada itu, suaminya menegaskan bahawa, dia tidak akan menuruti permintaan berkenaan meskipun terkejut dengan kejadian yang berlaku.

Kejadian dilaporkan berlaku di Sumatera Selatan, Indonesia. -Agensi

Artikel Lain