suria

Bapa pengantin level pengurus besar enggan bayar bil lebih 300k, dakwa makanan tak berkualiti

Jamuan makan melibatkan 352 buah meja.

SEORANG pengurus besar syarikat dikritik warga maya kerana enggan menjelaskan bil perkahwinan anak perempuannya selepas mengadakan majlis itu secara besar-besaran.

Dia juga menjadikan bahan mentah yang digunakan untuk hidangan jamuan bagi 252 buah meja itu, berkualiti rendah dan 'busuk'.

Tindakannya itu membuatkan peniaga daging yang menyediakan baquet di sebuah dewan di China, mendedahkan jumlah kerugian yang ditanggung adalah 520,000 yuan (RM309,654).

Menurut Wang, dia diminta untuk menyediakan jamuan makan bagi perkahwinan anak perempuan rakan baiknya itu pada April.

Ujarnya, disebabkan perkenalan lebih 10 tahun, dia berhasrat untuk membeli bahan mentah premium seperti ketam raja, udang galah Australia dan trout karang harimau bintang.

Perkahwinan yang diadakan semasa cuti Hari Mei China, membuatkan harganya lebih tinggi berbanding biasa.

Tambah Wang, jumlah harga untuk 252 meja adalah 520,000 yuan dan dia membayar setiap bahan mentah berkenaan menggunakan duit sendiri sebelum mendapatkan bayaran daripada rakannya itu.

Menurut Wang, rakannya bukan sahaja enggan menjelaskan semua kos yang ditanggung bahkan memberi alasan bahan mentah berkualiti buruk dan mahal.

Wang juga mendakwa rakannya hanya mahu membayar harga borong meskipun sudah menjelaskan dia tidak mengenakan caj lebih.

Susulan pendedahannya itu, netizen tampil dengan pelbagai reaksi.

"Tak tahu malunya. Dia seorang bos dan kaya, buat majlis perkahwinan besar-besaran dengan 252 meja. Dia pasti menerima wang hadiah yang lebih banyak daripada tetamu.

"Dia kehilangan muka di seluruh negara kerana apa yang dia lakukan, bukan kerana pendedahan," ujar netizen. -Agensi

Artikel Lain