suria

Lepas ‘ambil’ nyawa nenek, cucu maklum pada jiran ada kematian di rumah...

Hukuman berat menanti pesalah kes bunuh. -Gambar hiasan

SEORANG warga emas ditemukan maut dalam keadaan berlumuran darah di rumahnya dipercayai menjadi mangsa dera cucu sendiri.

Polis menerima maklumat berkaitan kes kematian wanita berusia 85 tahun itu selepas dimaklumkan oleh jiran mangsa. 

Kejadian berlaku di Desa Planggiran di Jawa Timur, Indonesia pada Jumaat malam.

Ketua Polis Tanjungbumi, Iptu Abdul Kodir berkata mangsa dikenali sebagai Banimah dan kematiannya dimaklumkan sendiri oleh cucunya berusia 24 tahun kepada jiran mereka.

"Jiran tersebut menerima maklumat daripada cucu bahawa neneknya meninggal dunia pada sekitar pukul 11.20 malam,” kata Abdul Kodir pada Ahad.

Menurut Abdul Kodir, jiran yang terkejut dengan maklumat itu segera ke rumah mangsa dan menemui Banimah dalam keadaan tidak bernyawa dan berlumuran darah. 

“Pihak kami segera ke lokasi kejadian dan membawa keluar mayat mangsa untuk siasatan lanjut.

"Hasil siasatan awal polis mendapati terdapat petunjuk kuat bahawa Banimah telah meninggal dunia akibat dianiaya oleh cucunya sendiri.

"Suspek yang tinggal dengan Banimah telah ditahan dan diserahkan kepada Unit Siasatan Jenayah (Satreskrim) Ibu Pejabat Polis Bangkalan untuk siasatan lanjut," katanya.

Tambahnya, polis masih menyiasat motif serta kronologi penuh kejadian dan senjata digunakan untuk membunuh mangsa. -Agensi

Artikel Lain