suria

[V] Pagar tertutup rapi, pekerja kurier campak televisyen pelanggan

Aksi kurier melempar bungkusan di dalam rumah pelanggan.

SEORANG penghantar barangan dikesan melempar bungkusan berisi televisyen ke dalam rumah pelanggan pada Jumaat.

Tindakan pekerja kurier berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum tular di media sosial [Tonton Video].

Video tersebut dimuat naik pengguna TikTok menggunakan nama akaun @kikiaditya21 yang menunjukkan kurier tersebut melemparkan bungkusan bersaiz besar dari luar pagar terus ke dalam kawasan rumah pelanggan.

Bedasarkan video berdurasi 10 saat itu, lokasi kejadian berlaku di Jakarta, Indonesia.

Video yang dipaparkan juga menunjukkan bungkusan besar itu terjatuh ke lantai dan kemudian menghasilkan bunyi dentuman yang kuat. 

Perkongsian itu mendapat reaksi yang pelbagai dalam kalangan netizen dengan ada yang menyokong tindakan kurier tersebut dan ada juga mengecam.

"Tindakan tidak profesional dan merosakkan barang milik pelanggan.

"Salah siapa? Sudah tahu kurier hantar barang masih menutup pintu. Saya sokong abang kurier," katanya. -Agensi

Artikel Lain