suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar mati dipukul bapa gara-gara dapat markah rendah dalam ujian

Pelaku kes bunuh akan dikenakan hukuman berat. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar perempuan berusia 17 tahun maut selepas dipukul oleh bapanya kerana mendapat markah rendah dalam ujian percubaan, meskipun pernah mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan sebelumnya.

Gadis bernama Sadhna Bhonsle dari daerah Sangli di Maharashtra, India sebelum ini memperoleh 92.60 peratus dalam peperiksaan, namun ketika menjalani ujian Kelayakan Kebangsaan dan Ujian Masuk (NEET) bagi jurusan perubatan, mangsa memperoleh markah yang rendah.

Situasi itu menyebabkan bapanya yang merupakan seorang guru sekolah, berang dan suspek didakwa telah memukul mangsa berulang kali menggunakan sebatang kayu.

Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan segera dikejarkan ke Hospital Ushakal di Sangli. 

Malangnya, mangsa disahkan meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan.

Pihak polis mengesahkan suspek mengaku memukul anak perempuannya dan kini sedang ditahan untuk siasatan lanjut.

"Ibu mangsa telah membuat laporan polis pada 22 Jun, menyatakan bahawa suaminya telah memukul anak mereka akibat kecewa dengan keputusan ujian, sehingga menyebabkan kematian mangsa di hospital," kata jurucakap polis. -Agensi

Artikel Lain