suria

Lelaki rogol anak penyelia, guna pemutar skru lakukan serangan seksual

Mangsa rogol mengalami trauma berpanjangan. -Gambar hiasan

POLIS menahan seorang lelaki dan rakan wanitanya pada Khamis lalu kerana melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak perempuan dengan pemutar skru, menyebabkan kecederaan pada bahagian alat sulitnya. 

Suspek berumur 24 tahun dan rakannya, 21, turut dipercayai merakam jenayah itu, kata polis.

Kejadian membabitkan mangsa berusia 10 tahun, berlaku di Meghawadi di India.

Menurut polis, ibu mangsa berusia 36 tahun adalah penyelia di sebuah firma perkhidmatan katering dengan kedua-dua suspek bekerja dan tinggal bersamanya.

Berdasarkan siasatan, apabila ibu mangsa keluar bekerja antara 15 Mei dan 14 Jun lalu, suspek melakukan serangan seksual terhadap mangsa sekurang-kurangnya empat kali.

Polis berkata suspek lelaki didakwa merogol gadis itu beberapa kali, menyerangnya menggunakan pemutar skru manakala rakannya merakam jenayah itu.

"Kedua-dua tertuduh telah ditangkap. Mereka dihadapkan ke mahkamah khas, dan berada dalam tahanan polis selama dua hari," kata Inspektor Kanan Balai Polis Meghwadi, Sambhaji Jadhav.-Agensi

Artikel Lain