suria

Wanita tak boleh terima alasan gagal dapat kerja sebab kantoi guna ChatGPT, tuduh syarikat kolot!

Calon temuduga menggunakan ChatGPT semasa ujian pengambilan. -Gambar hiasan

SEORANG wanita meluahkan rasa sedih apabila dia gagal memperoleh kerja selepas didapati menggunakan ChatGPT dalam proses temu duga.

Enggan mengaku silap, dia sebaliknya menyalahkan syarikat terbabit dan menyifatkan mereka tidak memanfaatkan teknologi sedia ada untuk menyelesaikan masalah.

"Bilakah kita akan berhenti memalukan orang yang menggunakan ChatGPT? 

"Jika anda menggunakannya dengan bijak, ia adalah cara yang paling berkesan untuk bekerja.

"Saya berbangga untuk mengatakan saya menggunakannya," ujar wanita ini yang dikenali sebagai Alex.

Kejadian dilaporkan berlaku di India.

Menerusi rakaman video, dia tanpa segan silu turut berkongsi cara untuk menggunakan ChatGPT bagi menyelesaikan tugasan.

Malah dia mendakwa dirinya menghidap masalah Gangguan Hiperaktif Defisit Perhatian (ADHD) dan memerlukan aplikasi AI itu untuk menyusun pemikiran serta ideanya supaya menjadi lebih menarik.

Susulan perkongsiannya, warga maya mula berbahas tentang penggunaan teknolgi kecerdasan bantuan itu.

Sebahagian daripada mereka menyokong penggunaan alat AI, manakala yang lain secara mutlak menunjukkan rasa tidak setuju.

"Ia mencantikkan apa yang telah saya tulis dan mencari perkara penting yang mungkin saya terlepas tapi ingin masukkan.

"Kemahiran yang sangat bernilai pada masa hadapan.

"Bilakah orang akan menyedari bahawa majikan perlu mengetahui keupayaan anda dan bukannya keupayaan AI," demikian reaksi warga maya. -Agensi

 

Artikel Lain