GARA-GARA berebut giliran mandi, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut dibelasah rakan.
Kejadian di Majnu ka Tila, Delhi, India pada Isnin itu pada awalnya tercetus antara dua pesalah juvana, namun campur tangan pihak ketiga mengeruhkan lagi keadaan.
Saksi kejadian mendakwa mangsa yang dikenali sebagai Karan, ditumbuk dan diterajang beberapa kali sebelum tidak sedarkan diri.
Mangsa langsung dikejarkan ke Hospital Hindu Rao, namun disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba.
Pihak polis kini memeriksa rakaman litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti turutan kes selain menunggu hasil bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian.
Susulan kejadian itu, muncul perdebatan berhubung isu pemantauan dan keselamatan pesalah juvana di fasiliti bawah seliaan kerajaan. -Agensi