suria

[V] ‘Drama’ dalam pesawat Air India, penumpang wanita diturunkan selepas berkeras nak letak beg di ruang larangan

Vyas diturunkan dari pesawat Air India berkenaan.

SEORANG wanita berusia 36 tahun, dikenal pasti sebagai Vyas Hiral Mohanbhai diturunkan dari penerbangan Air India Express.

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kempegowda semasa menaiki pesawat Air India IX2749 yang dalam penerbangan ke Surat, Selasa lalu.

Berdasarkan laporan, wanita yang berasal dari Yelahanka di Bengaluru didakwa menyebabkan gangguan semasa memasukkan bagasi ke ruang kabin dalam pesawat.

Dia kemudian cuba mengancam untuk merempuhkan pesawat itu jika anak kapal mengalihkan bagasinya.

Pertelingkahan [Tonton Video] didakwa tercetus selepas dia meletakkan bagasinya di kawasan larangan berhampiran kabin anak kapal dan bukannya di ruang atas yang ditetapkan.

Apabila kru kabin melarang dan memintanya memindahkan bagasi, dia didakwa enggan patuh seterusnya berkelakuan agresif, dan menjerit ke arah mereka. 

Pertengkaran itu juga melibatkan seorang lagi penumpang yang dilihat cuba menenangkannya, namun dia didakwa terus meninggikan suara sehingga mengeruhkan keadaan.

Menurut Laporan Maklumat Pertama (FIR), ancaman yang dibuat dengan kehadiran penumpang dan kakitangan syarikat penerbangan, dipandang serius.

Susulan itu, syarikat penerbangan berkenaan memutuskan untuk menurunkan Vyas sebelum berlepas dan dia diserahkan kepada polis lapangan terbang.

Tingkah laku agresifnya dilaporkan berterusan di balai polis, di mana dia didakwa cuba menyerang seorang kakitangan wanita. 

FIR telah difailkan terhadapnya di Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kempegowda di bawah Bharatiya Nyaya Sanhita, seksyen 351(4) dan 353(1)(b), berkaitan ugutan jenayah dan kenyataan yang membawa kepada kerosakan awam.

Siasatan masih diteruskan. -Agensi

Artikel Lain