suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Usung keranda abang walau tangan berbalut... Mangsa terselamat nahas Air India gagal tahan hiba

Ramesh (berbaju putih) mengusung keranda mendiang abangnya yang terkorban dalam nahas Air India, Khamis minggu lalu. -Foto BBC

SEORANG lelaki Britain yang merupakan satu-satunya mangsa terselamat dalam nahas pesawat Air India minggu lalu, tampil dalam suasana hiba mengiringi pengebumian abangnya di bandar Diu, barat India.

Vishwashkumar Ramesh, kelihatan beremosi ketika mengusung keranda abangnya, Ajay, yang merupakan salah seorang daripada 241 mangsa yang terkorban.

ARTIKEL BERKAITAN: Berjaya lompat keluar dari pintu kecemasan, penumpang ‘ajaib’ imbas detik ngeri sebelum pesawat Air India terhempas

Ramesh yang masih dalam proses pemulihan selepas nahas itu hadir dengan tangan berbalut dan muka yang bertampal plaster akibat kecederaan dialami.

Difahamkan, Ramesh baharu dibenarkan keluar dari hospital selepas kira-kira lima hari menerima rawatan.

Dalam kejadian pada Khamis minggu lalu, pesawat jenis Boeing 787-8 Dreamliner yang dalam penerbangan ke London terhempas hanya beberapa saat selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel, Ahmedabad.

Nahas tragis itu meragut nyawa 241 orang termasuk anak kapal, selain mengorbankan sekurang-kurangnya 30 individu di darat apabila pesawat berkenaan merempuh sebuah asrama kolej perubatan berhampiran kawasan perumahan.

Siasatan terhadap punca kemalangan sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa penerbangan India dengan kerjasama pakar antarabangsa. -Agensi

Artikel Lain