suria

Sekurang-kurangnya 639 terbunuh di Iran... Netanyahu pula anggap Israel alami ‘kerugian yang menyakitkan’

Peluru berpandu balistik dilancarkan dari Iran ke arah Israel sebagai tindak balas berikutan serangan udara ke atas sasaran Iran. -Foto EPA

PERDANA Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata negara tersebut mengalami banyak 'kerugian yang menyakitkan' susulan serangan Iran, demikian lapor The Times of Israel.

Netanyahu dalam kenyataan menerusi satu klip video pada Rabu turut berterima kasih kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kerana 'berdiri di sisi' Israel.

"Kami berada dalam komunikasi berterusan, termasuk malam tadi... kami mempunyai perbualan yang menyenangkan," tambahnya.

Ketegangan serantau memuncak sejak 13 Jun lalu apabila Israel melancarkan serangan udara di beberapa tapak di seluruh Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, mendorong Tehran melancarkan serangan balas.

Pihak berkuasa Israel berkata sehingga kini sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh dan ratusan cedera dalam serangan peluru berpandu Iran.

Sementara itu, di Iran, kumpulan Aktivis Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Washington berkata sekurang-kurangnya 639 terbunuh dan 1,329 cedera dalam serangan Israel di seluruh Iran ketika konflik memasuki hari ketujuh. -Agensi

Artikel Lain