suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita erat peluk bungkusan plastik putih, rupanya berisi cebisan mayat anak... "Saya akan kendong untuk kali yang terakhir"

Bungkusan plastik dipercayai mengandungi bahagian kaki anak perempuannya.

SEORANG wanita dilihat meriba sebungkus plastik berwarna putih yang dipercayai mengandungi cebisan bahagian tubuh badan anak perempuannya yang terkorban dalam kebakaran.

Sedih dengan insiden yang berlaku, dia menyatakan plastik berkenaan mengandungi bahagian kaki anaknya.

"Ini bahagian kakinya. Saya akan kendong untuk kali yang terakhir, nanti akan dibawa," luahnya dalam esakan ketika ditemui pemberita pada Khamis.

Lebih menambah rasa sedih apabila dia turut menyatakan, mayat anaknya tidak dapat dikenal pasti kerana rentung dalam kebakaran berkenaan.

Terdahulu, mangsa yang baru sahaja tamat persekolahan ditemukan rentung di sebuah rumah di Kebon Baru, Jakarta, Indonesia kira-kira pukul 2 petang.

Dia dipercayai tinggal di rumah berkenaan bersama ibu saudaranya selepas kedua-dua orang tuanya berpisah.

Kebakaran yang berlaku memusnahkan tujuh buah rumah dan melibatkan 11 buah keluarga. -Agensi

Artikel Lain