suria

Enggan duduk sebelah penumpang berbadan gempal, wanita buat kecoh dalam pesawat

Tindakan agresifnya terhadap penumpang wanita terbabit.

SEORANG wanita mencetuskan kekecohan selepas dia mendapati penumpang pesawat di tempat duduk sebelahnya memiliki badan gempal.

Dia yang enggan duduk di sebelah individu terbabit kemudiannya mula bertindak agresif dan menghamburkan kata-kata kesat menghina fizikal serta cara penampilan.

Pada masa sama, dia turut menarik rambut wanita berkenaan sehingga membuatkan beberapa penumpang lain campur tangan.

Tindakan yang didakwa di bawah pengaruh alkohol itu, membuatkan tangannya diikat menggunakan pengikat kabel.

Meskipun dalam keadaan tangan berikat dan terbaring di atas lantai pesawat, wanita berusia 32 tahun ini terus bertindak agresif dengan menendang penumpang terbabit.

Dia kemudiannya dibawa turun dari pesawat oleh pasukan keselamatan dan diserahkan ke pasukan polis.

Kejadian dilaporkan berlaku dalam pesawat  Southwest Airlines yang dijadualkan berlepas dari New York ke Kansas pada pukul 1.10 pagi, Selasa.

Dalam pada itu, syarikat penerbangan Southwest memuji anak kapalnya atas tindakan pantas terhadap wanita itu. -Agensi

Artikel Lain