suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita didakwa curang dikelar hingga maut, mayat dihumban dalam hutan... Tiket bas jadi bukti

Sanjay mengelar sebelum menghumban mayat tunangnya ke dalam hutan. -Foto India Today

SEORANG gadis berusia 22 tahun ditemukan maut dalam kawasan hutan berhampiran Taman Negara Mollem dan Tempat Perlindungan Hidupan Liar Bhagwan Mahavir, Goa Selatan, India.

Mayat mangsa dengan kesan kelar di leher ditemui pada petang Isnin oleh seorang petani tempatan yang ketika itu sedang mencari bibem (pucuk kacang gajus) di kawasan berkenaan.

Superintendan Polis Goa Selatan, Tikam Singh Verma berkata, mangsa yang dikenali sebagai Roshni Moses merupakan penduduk Bengaluru Utara, Karnataka.

Ujarnya, mangsa dipercayai datang ke lokasi kejadian bersama suspek yang juga tunangnya, Sanjay Kevin.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kelar isteri hingga maut tiba-tiba bertakbir, laung kalimah syahadah ketika direman di mahkamah

"Suspek membunuh mangsa dua hari lalu sebelum menghumban mayatnya ke dalam hutan.

"Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada pertengkaran kerana suspek menuduh mangsa curang," ujarnya.

Menurut Tikam, pasangan berusia 22 tahun itu tiba di Goa Selatan kerana ingin melangsungkan perkahwinan mereka dengan menaiki bas percutian.

Susulan itu, pihaknya menggunakan tiket bas dan barang peribadi mangsa yang dijumpai di lokasi kejadian untuk menjejak suspek.

"Suspek berjaya ditahan dalam tempoh kurang 24 jam di Hubli, Karnataka. Dia kemudian dibawa ke Goa untuk siasatan lanjut," tambahnya. -Agensi

Artikel Lain