suria

Usia tak halang 8 nenek tubuh kumpulan rap, aktif penuhi undangan persembahan

Suni and the Seven Princess terdiri daripada warga emas dalam lingkungan usia 70an hingga 80an. -Gambar Odditycentral

LAPAN warga emas dari wilayah Gyeongsang Utara, Korea Selatan menjadi tular gara-gara menubuhkan sebuah kumpulan rap.

Kumpulan yang dinamakan Suni and the Seven Princess itu ditubuhkan pada Ogos 2023 dan kini terkenal di seluruh dunia.

Kesemua ahli kumpulan berkenaan berusia dalam lingkungan 70an hingga 80an dan mereka berkenalan sejak muda lagi.

Seperti penyanyi rap lain, anggota kumpulan ini juga tampil dengan imej seperti rappers, mengenakan pakaian longgar dan aksesori seperti rappers muda.

Lirik lagu yang yang dihasilkan pula berkisarkan tentang gaya hidup luar bandar mereka seperti memetik cili dan tembikai di ladang.

Kumpulan ini mengadakan persembahan rap pertama mereka pada tahun lalu di sebuah sekolah.

Ia adalah titik permulaan sebelum mereka mula diundang untuk membuat penampilan di pelbagai acara di Korea Selatan. -Odditycentral

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain