suria

Instafamous dakwa dirogol 4 influencer lelaki ketika parti... Khayal selepas diberi minuman, aksi dalam kolam jadi tontonan

Pontes berkata kejadian itu berlaku ketika dia menghadiri sebuah acara pada Januari.

PEMPENGARUH dari Brazil, Geovana Pontes mendakwa dirinya menjadi mangsa rogol beberapa individu ketika berparti di Sao Paolo pada Januari lalu.

Pontes, 19, dari Parana mendakwa dia telah diberi dadah sebelum dirogol oleh beberapa pempengaruh lain ketika parti yang berlangsung di sebuah ladang.

Dakwa Pontes, dia diberi minuman yang dicampur dengan bahan terlarang sebelum dipaksa melakukan hubungan seks dengan empat lelaki di acara berkenaan.

"Terdapat tujuh hingga lapan orang lelaki yang merakam video saya di dalam kolam renang, ketika saya menanggalkan bikini.

"Saya diseksa oleh empat lelaki. Saya percaya mereka meletakkan sesuatu ke dalam minuman saya. Saya tak ingat semua yang berlaku.

"Semua orang minum, namun hanya saya yang diperlakukan sebegitu," ujarnya lagi.

Remaja itu memuat turut memuat naik gambar serangan berkenaan di Instagramnya, menunjukkan dia memakai baju biru berlumuran darah, bibirnya yang berdarah dan bengkak serta darah kering yang mengalir ke dagu dan lehernya.

Dia pada awalnya tidak melaporkan kes rogol itu kerana menerima ugutan daripada individu yang turut menghadiri parti itu.

Namun, Pontes akhirnya memfailkan aduan kepada Polis Awam berhubung kejadian berkenaan.

Pontes memiliki hampir 250,000 pengikut di Instagram. - NY Post.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain