suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tetamu dipaksa cuci tandas, kemas katil ikut standard 'kekemasan' sebelum check out

Tangkap layar homestay yang disiarkan lelaki tersebut di media sosial.

GARA-GARA tidak membersihkan tandas dan katil homestay dengan baik, seorang lelaki tidak akan menerima wang depositnya kembali.

Memetik laporan South China Morning Post, lelaki terbabit telah menyewa sebuah homestay di Pulau Haihua di wilayah Hainan, China bersama keluarganya selama 12 hari.

Keseluruhan kos penginapan adalah AS$2,800 (RM13,377).

Bagaimanapun, ejen enggan memulangkan deposit AS$700 (RM3,344) kerana mereka tidak membersihkan tandas yang membolehkan tetamu seterusnya terus masuk.

Bukan itu sahaja, ejen terbabit terus mencari kesalahan dengan mengatakan keluarga itu tidak membersihkan lantai serta peti sejuk termasuk mengemas katil mengikut standard kekemasan ketika mereka masuk.

Susulan daripada itu, lelaki terbabit membuat laporan polis dan menyiarkan video tentang permintaan tidak munasabah agensi berkenaan sehingga menerima lebih daripada 6 juta tontonan.

Rata-rata warga maya menyokong tindakannya selepas melihat video tersebut.

Malah mereka menyatakan rumah tersebut kelihatan kemas dan sepatutnya menjadi tugas agensi untuk mengatur pembersihan menyeluruh sebelum tetamu seterusnya tiba.

"Ia seperti sebuah restoran yang meminta saya membersihkan pinggan mangkuk selepas selesai makan.

"Hainan ialah pusat peranginan pelancong paling popular dengan iklim musim sejuk terbaik di China, tetapi ejen itu menyediakan perkhidmatan berkualiti paling rendah.

"Saya lebih suka pergi ke Asia Tenggara daripada Hainan untuk bercuti," tulis beberapa pelayar.

Pada 16 Februari, kerajaan tempatan berkata mereka telah meminta agensi itu memulangkan deposit dan menggesanya untuk membetulkan amalan perniagaannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain