suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 4 tahun diseksa kekasih ibu, disula guna alat pemotong dawai

Kanak-kanak sering menjadi mangsa penderaan. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak berusia empat tahun maut selepas dipukul dan diseksa oleh kekasih ibunya menggunakan alat pemotong dawai.

Suspek berusia 22 tahun itu ditahan di Aceh Indonesia, selepas ayah kandung mangsa membuat laporan polis kerana berasa sangsi tentang laporan kematian mengejut yang diterima.

Susulan daripada itu, kubur mangsa telah digali semula bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.

Berdasarkan siasatan awal, polis mempercayai mangsa telah dipukul oleh suspek sehingga mengalami kecederaan parah.

Malah katanya, suspek menggunakan alat pemotong dawai untuk menyiksa mangsa dengan memasukkannya ke dalam dubur.

Tambahnya, kejadian tersebut dilakukan di sebuah gudang di Desa Kuta Padang. - Okezone

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain