suria

Brek tak berfungsi, bas bawa rombongan pengantin terbalik rempuh kediaman... Nyaris masuk gaung!

Seorang maut manakala 22 yang lain cedera dalam kemalangan bas di Yala. -Gambar KhaoSod

MALANG tidak berbau.

Sebuah bas terbalik selepas ia merempuh sebuah rumah di Yala, Thailand, baru-baru ini.

Menurut pemandu, bas yang membawa rombongan pengantin dari Pattani itu mengalami kegagalan brek sejauh 1 kilometer (km).

Pemandu berkata dia terpaksa melencongkan bas ke arah sebuah rumah demi mengelakkan ia terbabas ke dalam gaung.

Kemalangan itu menyebabkan sorang individu maut, manakala 22 yang lain cedera.

Kemalangan itu turut menyebabkan empat individu berada dalam keadaan kritikal. - Thaiger.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain