suria

Tunggu mangsa di tepi jalan, lelaki tayang kemaluan sambil tersenyum dipenjara 18 bulan

Pelaku yang juga seorang mekanik dijatuhkan dua hukuman  penjara selama 10 bulan dan lapan bulan.

PERBUATAN jijik yang dilakukan lelaki ini ternyata tidak disenangi wanita-wanita yang pernah menjadi mangsanya.

Lelaki itu didakwa berdiri di kawasan terbuka sambil menunggu wanita yang lalu-lalang sebelum menunjukkan kemaluannya sambil tersenyum.

Dikenali sebagai Dale Keiron Topping, 26, dari Anglesey, utara Wales, tiga kejadian melibatkan suspek dilaporkan antara tahun 2019 dan 2020.

Dalam kejadian pertama pada 6 November 2019, dia menayangkan kemaluannya kepada seorang wanita yang sedang joging.

Malah, dia juga cuba menyentuh wanita itu sewaktu dia sedang berlari.

Kejadian kedua pula dilaporkan ada 22 Disember 2019 dan kejadian terakhir dilaporkan pada 8 Januari 2020.

Menerusi perbicaraan di mahkamah baru-baru ini, pelaku yang juga seorang mekanik dijatuhkan dua hukuman penjara selama 10 bulan dan lapan bulan yang mana ia dijalankan serentak. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain