suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cari nahas, pasangan bawa anak berkhemah di kawasan tanah runtuh

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 27 Februari lalu.

SEBUAH keluarga dilaporkan berkhemah di puncak sebuah bukit, tiga meter berhampiran tebing yang baru sahaja mengalami kejadian tanah runtuh baru-baru ini.

Pihak berkuasa di Staithes dan Whitby menerima laporan mengenai pasangan ibu bapa itu yang membawa seorang kanak-kanak dalam perkhemahan berkenaan.

Malah, sekeping foto yang dirakam dari udara turut dikongsi di media sosial.

kejadian itu dilaporkan berlaku pada 27 Februari lalu.

"Panggilan hari ini, kami menerima laporan mengenai kejadian di Cleveland Way mengenai isu keselamatan dua dewasa yang berkhemah di tepi tebing bukit bersama anak mereka.

"Polis turut dihantar ke lokasi kejadian kerana mereka melanggar perintah larangan berkaitan Covid-19,"tulis pegawai perairan Staithes di Facebook.

Dalam pada itu, netizen turut meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan bahaya pasangan itu.

Malah, pelbagai komen turut ditinggalkan berhubung kejadian itu menerusi Facebook. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain