suria

Gara-gara kena ‘reject’ selepas ‘date’ ketiga, lelaki minta wanita bayar balik belanja makan, minum

Alex meluahkan perkara itu di laman Twitter. foto alexx_colboth/Twitter

GARA-gara ditolak untuk keluar bersama selepas date ketiga, seorang lelaki meminta bayaran balik yang telah dibelanjakannya untuk seorang wanita.

Begitulah yang berlaku pada Alex Colboth, dari Milwaukee, Wisconsin di Amerika Syarikat (AS), apabila lelaki itu memintanya supaya membayar separuh daripada kos ketiga-tiga date mereka.

Dia berkongsi tangkapan skrin mesej mengenai permintaan itu di laman Twitter.

Menerusi mesej tersebut, lelaki berkenaan meminta bayaran separuh daripada kesemua date memandangkan kedua-dua mereka tidak akan bertemu lagi.

"Saya percaya ia adalah tiga kali kita keluar ke bar/ restoran di mana saya telah membayarnya untuk kita berdua untuk setiap daripadanya.

"Saya katakan AS$35 (RM142) adalah harga makanan dan minuman kamu yang saya bayar pada tarikh tersebut.

"Saya harap kamu akan mempertimbangkan untuk membayar saya. Terima kasih!" katanya.

Alex bagaimanapun tidak bersimpati dengan permintaan itu, sebaliknya berasa lucu.

Malah, dia menjelaskan di Twitter bahawa dia telah menawarkan diri untuk membayar pada setiap date tersebut. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

date, bayar balik, kena reject, belanja,


Artikel Berkaitan

Artikel Lain