suria

Nyawa pemilik melayang gara-gara tertusuk pisau diikat di kaki ayam sabung

Pisau yang diikat pada kaki ayam sabung tersebut tertusuk di pangkal paha sehingga mengakibatkan pemiliknya meninggal dunia.

SEORANG lelaki meninggal dunia gara-gara terkena pisau yang diikat pada kaki ayam jantannya yang digunakan untuk tujuan bersabung.

Dalam kejadian di Telangana, selatan India itu, lelaki berkenaan dikatakan cuba menangkap ayam jantannya yang melarikan diri sebelum pisau yang diikat pada bahagian kaki haiwan itu tertusuk di pangkal pahanya.

Lelaki tersebut meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital kerana kehilangan banyak darah dek tusukan pisau sepanjang 7 sentimeter (cm) itu.

Polis kini memburu 15 individu lain yang dikatakan terlibat dalam pertandingan sabung ayam haram tersebut.

Mereka yang terlibat dalam pertandingan tersebut berdepan dengan tuduhan pembunuhan, pertaruhan haram dan mengadakan sabung ayam, lapor agensi berita AFP.

Pegawai polis, B Jeevan berkata ayam jantan itu akan dibawa ke mahkamah sebagai bukti perbicaraan kelak. - BBC.Com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

ayam sabung, tertusuk pisau,

Artikel Lain