suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan sekadar topeng pelitup muka, tapi siap pakai sut hazmat pergi pasar raya!

Pasangan ini menarik perhatian ramai gara-gara memakai sut hazmat ke pasar raya. Foto: Men Media

PADA musim pandemik ketika ini, pemakaian topeng pelitup muka (face mask), pelindung muka (face shield) dan sarung tangan adalah perkara normal.

Hampir keseluruhan kawasan khususnya yang mencatatkan kes Covid-19 menetapkan prosedur operasi standard (SOP) dengan mewajibkan rakyatnya memakai topeng pelitup muka ketika berada di kawasan tumpuan ramai.

Namun berlainan sekali buat pasangan ini yang tidak sekadar memakai pelitup muka ataupun sarung tangan.

Sebaliknya mereka mengenakan sut lengkap perlindungan diri dari hujung rambut hingga hujung kaki, ketika membeli belah barangan keperluan di sebuah pasar raya.

Pasangan tersebut dilihat memakai sut hazmat berwarna biru, goggle, sarung tangan sekaligus menarik perhatian ramai pengunjung.

Malah gambar mereka turut tular dengan pengguna media sosial memuji pendekatan pasangan tersebut yang mengambil langkah perlindungan tambahan. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain