suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar juruterbang kesan objek misteri ketika penerbangan di ketinggian 36,000 kaki

Pesawat American Airlines ketika melakukan penerbangan. -gambar hiasan / foto aa.com

SEORANG juruterbang American Airlines mengesan sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) di New Mexico di Amerika Syarikat, pada 21 Januari.

Memetik laporan FOX News, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dimaklumkan mengenai penemuan 'objek silinder panjang' ketika penerbangan sebuah pesawat Airbus A320.

Ketika kejadian, pesawat AA 2292 dalam penerbangan dari Cincinnati ke Phoenix, pada ketinggian 36,000 kaki merentasi ruang udara New Mexico.

Juruterbang itu berkata, memaklumkan kepada menara kawalan menerusi radio bagi melaporkan tentang 'sebuah objek berbentuk silinder yang panjang'.

Penulis blog, Steve Douglass merakamkan transmisi itu, yang telah disahkan oleh American Airlines.

"Kami baru saja mengesan sesuatu di atas kami.

"Ia kelihatan seperti objek berbentuk silinder panjang yang hampir menyerupai peluru berpandu yang bergerak sangat pantas," kata juruterbang itu.

Menurut laporan Fox News, UFO itu mungkin dari White Sands Missile Range, yang berpusat di New Mexico.

Penemuan itu adalah yang terbaharu dalam siri UFO yang dilaporkan di kawasan tersebut sejak bertahun-tahun.

Pada masa ini, masih belum dipastikan apakah yang mungkin dilihat oleh juruterbang berkenaan. - India Times

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain