suria

Demi Instagram, influencer ditahan selepas bergambar atas kereta polis

Terdapat kesan kemek atas kenderaan berkenaan, memaksa siasatan dibuat ke atas influencer berusia 21 tahun itu. foto: Instagram emmyruss1.

SEORANG selebriti media sosial Jerman kini disiasat selepas ditahan gara-gara bergambar di atas sebuah kereta polis.

Emmy Russ dari Hamburg meminta ibunya merakam gambar itu sewaktu mereka berada di hadapan sebuah balai polis, baru-baru ini.

Sewaktu dihampiri pegawai polis, dia sedang berada di atas kenderaan itu sebelum diminta untuk turun.

Lebih mengejutkan, terdapat kesan kemek pada badan kenderaan berkenaan, memaksa siasatan dibuat ke atas influencer berusia 21 tahun itu.

"Kereta peronda kami memang seksi. Anda dialu-alukan untuk bergambar.

"Namun pastikan tiada kerosakan berlaku. Duduk dan memanjat atas kereta merupakan perbuatan melampau," ujar seorang anggota polis.

Namun kata gadis itu, kesan kemek berkenaan sudah wujud sebelum dia bergambar di atas kenderaan tersebut.

Jika bersalah, gadis itu akan dikenakan kompaun untuk membaiki kerosakan berkenaan. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain