suria

Tak cukup sekadar tebang, pokok diracun dengan suntikan asid

Pokok yang ditebuk lubang dan disuntik dengan asid. Foto India Times

BENGALURU dikenali sebagai bandar taman di India, tetapi terdapat percanggahan mengenainya apabila segelintir pihak mahu menebang pokok-pokok di kawasan itu untuk membina jalan dan projek infrastruktur.

Terdapat beberapa kes di aman individu dan syarikat menebang pokok untuk meningkatkan penglihatan mereka.

Lebih tidak masuk akal apabila sebatang pokok Gulmohar ditebuk dan disuntik dengan asid, sebagai cubaan untuk memusnahkannya.

Insiden dilaporkan berlaku di Kadarenahalli Banashankari pada pagi Khamis.

Pakar pemuliharaan urban dan pencinta pokok di Bengaluru, Vijay Nishanth mendapat maklumat daripada penduduk tempatan mengenai meracunkan pokok.

Dia kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan merawat pokok tersebut.

"Saya berjaya mengeluarkan asid dari dalam dan membersihkan permukaannya. Saya telah menggunakan racun kulat organik pada bahagian yang ditebuk dan ditutup lubang tersebut," kata Nishanth sambil menambah bahawa dia dan pasukannya akan memantau pokok itu selama beberapa hari.

Nishanth berkata, ia merupakan kes ketiga seumpama itu pada tahun ini.

"Terdapat dua kes baru-baru ini, salah satunya adalah ppkok muda dan tidak dapat diselamatkan meskipun telah mengeluarkan cecair asid," katanya. - India Times

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

tebang pokok, racun, asid, Bengaluru,

Artikel Lain