suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anjing ‘menangis’ dipaksa makan hidangan bercili pedas

Seekor anjing dipaksa memakan hidangan cili pedas. Foto YouTube/KanDianVideo

SEEKOR anjing kelihatan seperti menangis selepas pemiliknya memaksa haiwan itu memakan semangkuk ayam bercili.

Tindakan pemilik anjing itu dirakamkan menerusi video penstriman secara langsung.

Media sosial China mula membuat rakaman mengenai anjing mereka sedang makan, yang merupakan sebahagian daripada trend dalam talian yang kini menjadi kegilaan.

Trend tersebut dipanggil 'chibo', yang bermaksud siaran ketika makan.

Menerusi satu klip bideo, seorang pemilik anjing memberikan makanan berupa ayam bercili di dalam satu mangkuk, kepada anjingnya jenis shepherd Jerman.

Anjing berkenaan kelihatan mengeluarkan air mata selepas dipaksa memakan hidangan pedas itu.

"Ia begitu menikmatinya," kata lelaki itu. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain