suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jumpa bungkusan misteri di pantai... lelaki ini terkejut isinya adalah otak!

Seorang artis terkejut apabila mendapati bungkusan misteri yang ditemuinya mengandungi otak. Foto: Fox10

SEORANG lelaki tidak menyangka bungkusan misteri yang ditemuinya ketika sedang berjalan-jalan di pantai merupakan seketul otak.

Jimmy Senda, seorang artis tempatan, ketika itu menyusuri pesisiran pantai Samuel Myers Park, Wisconsin untuk mencari bahan menarik untuk dijadikan arca.

Dia kemudian terlihat satu bungkusan berbentuk empat segi yang dibungkus menggunakan kertas aluminium yang diikat dengan getah berwarna merah jambu.

Disebabkan rasa ingin tahu, Senda membuka bungkusan berkenaan dan kemudiannya menemui satu ketulan seumpama otak manusia.

"Saya tak tahu macam mana nak jelaskan... ia sukar digambarkan. Saya seperti berfikir 'apa ni?'. Saya temui beberapa pekerja yang berada berhampiran dan mereka juga mengiyakan bahawa ia adalah otak," katanya.

Senda kemudian menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan berkenaan.

Sementara itu polis memberitahu media tempatan bahawa organ berkenaan dipercayai bukan milik manusia.

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih menunggu pengesahan rasmi daripada pegawai perubatan. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

bungkusan misteri, pantai, otak, artis

Artikel Lain