suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak umur 2 tahun buka pelitup muka untuk makan, ibu kecewa diusir dari pesawat

Kanak-kanak itu membuka pelitup muka seketika untuk menikmati makanan sebelum dia dan ibunya diusir keluar.

DALAM berhadapan wabak Covid-19, kita semua diingatkan agar memakai pelitup muka dalam usaha mengekang penularannya.

Namun, lain pula ceritanya melibatkan wanita ini apabila dia dan anaknya diusir keluar dari pesawat sewaktu dalam perjalanan dari Fort Myers, Florida ke Chicago pada Sabtu.

Kata Jodi Degyansky, 34, anaknya yang berusia dua tahun membuka pelitup muka seketika untuk menikmati makanan.

Dakwa wanita itu, pesawat itu berpatah balik untuk mengusir dia dan anaknya biarpun sudah memakai semula pelitup muka berkenaan.

Selain berang, dia turut berasa malu dan kecewa atas kejadian itu.

Sebagai alternatif, dia terpaksa membeli tiket pesawat lain untuk meneruskan perjalanannya. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain