suria

8 individu ingkar peraturan berkaitan Covid-19 didenda jadi penggali kubur

Salah seorang individu yang dipaksa menggali kubur di sebuah tanah perkuburan di Kampung Ngabetan.

SELEPAS tular kisah denda berbaring di dalam keranda akibat tidak memakai pelitup muka, penduduk di selatan Jawa, Indonesia kali ini didenda menggali kubur atas kesalahan sama.

Dalam kejadian terbaharu, lapan pesalah dipaksa menggali kubur di sebuah tanah perkuburan di Kampung Ngabetan.

"Terdapat tiga sahaja penggali kubur pada waktu ini, jadi saya fikir untuk arahkan mereka bekerja bersama.

"Harapnya ia boleh mencegah mereka melakukan kesalahan ini lagi," ujar Ketua Daerah Cerme yang dikenali sebagai Suyono.

Dalam pada itu, kes Covid-19 di daerah berkenaan terus meningkat.

Indonesia pula secara keseluruhan merekodkan lebih 215,000 kes setakat ini.

Selain Indonesia, beberapa negara lain turut tampil dengan pelbagai denda bagi menghukum pesalah yang melanggar peraturan berkaitan Covid-19.

Di Paraguay misalnya, mereka yang melanggar peraturan itu akan dipaksa melakukan lompat bintang. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain