suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suara misteri dirakam dalam 'pet cam' ketika penghuni tiada di rumah!

Tangkap layar (screenshot) video daripada 'pet cam' di mana suara misteri dikesan ketika penghuninya tiada di rumah. Foto: Reddit

MENYERAMKAN!

Satu suara misteri dikesan menerusi rakaman kamera khas (pet cam) yang dipasangkan untuk memantau haiwan peliharaan di sebuah apartment.

Menerusi klip video yang dimuat naik di laman Reddit itu, kedengaran satu suara menyebut perkataan 'senyap' ketika sepasang anjing milik tuan rumah berkenaan sedang menyalak.

Apa yang menyeramkan, ketika itu kesemua penghuni kediaman berkenaan tiada di rumah!

Menerusi paparan pada skrin kamera, insiden mistik itu berlaku pada pukul 11.57 malam, 18 Ogos lalu.

Pengguna yang memuat naik video tersebut di laman Reddit menulis kapsyen "Jiran saya berdepan insiden pelik di apartmentnya, kamera haiwannya menangkap satu suara!"

Bagaimanapun, klip berkenaan menimbulkan perdebatan di kalangan pengguna laman berkenaan dengan pelbagai andaian dibuat mengenai 'suara misteri' berkenaan. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

suara misteri, anjing, menyalak, penghuni

Artikel Lain