suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Iraq benarkan waris gali semula kubur ahli keluarga yang meninggal dunia akibat Covid-19 untuk dikebumikan di perkuburan masing-masing

Waris seorang mangsa Covid-19 menggali semula kubur ahli keluarga mereka selepas kerajaan Iraq melonggarkan beberapa sekatan. Foto: Getty Images

WARGA Iraq menggali semula kubur yang menempatkan anggota keluarga mereka yang meninggal dunia kerana Covid-19 untuk disemadikan di kawasan perkuburan pilihan keluarga masing-masing, selepas kerajaan melonggarkan beberapa sekatan.

Ratusan orang yang terdiri daripada waris menggali kubur ahli keluarga mereka untuk dikebumikan di tanah perkuburan yang 'betul', selepas undang-undang yang melarang pengkebumian dilakukan di perkuburan sendiri, dimansuhkan.

Terdahulu, kerajaan menguatkuasakan undang-undang untuk melarang mangsa yang meninggal dunia kerana Covid-19 daripada dikebumikan di kawasan masing-masing, sebagai langkah pencegahan kerana bimbang mayat akan menyebarkan wabak berkenaan kepada orang yang masih hidup.

Kawasan luas di sebuah padang pasir luar kota Najaf dijadikan sebagai 'perkuburan Covid-19' di mana semua mangsa yang meninggal dunia akibat wabak berkenaan dikebumikan di situ.

Namun, undang-undang berkenaan dimansuhkan pihak berkuasa Iraq pada 7 September lalu di mana waris boleh menggali semula kubur dan mengkebumikan ahli keluarga di perkuburan masing-masing. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain